Penaklukan Nubia Penaklukan_Islam_di_Mesir

Bumi Nubia terletak di selatan Mesir. Ia merentangi dari Aswan hingga ke Khartoum dari dari Laut Merah hingga ke Gurun Libya. Rakyat Nubia beragama Kristian dan diperintah oleh seorang raja. Ibu kota kerajaannya ialan Dongola. Pada musim panas tahun 642, 'Amr ibn al-'As menghantar ekspedisi ke Nubia di bawah arahan sepupunya 'Uqbah ibn Nafi. Ekspedisi ini diarahkan oleh 'Amr sendiri. Ia bukanlah penaklukan berskala penuh tetapi lebih kepada serbuan awal tentang kemunculan kuasa baru di Mesir yang hanya berjiran sahaja.[39] 'Uqbah ibn Nafi, yang kemudiannya berjaya bergelar Penakluk Afrika dan memacu kudanya hingga ke Lautan Atlantik, tidak begitu gembira dengan pengalamannya di Nubia. Di Nubia, tiada pertarungan yang betul-betul berlaku. Yang terjadi hanyalah serbuan dan serang hendap yang merupakan kelebihan penduduk Nubia. Mereka pemanah yang cekap dan telah menghujani tentera Muslim dengan hujanan panah. Anak panah pula disasarkan ke mata dan menyebabkan 250 orang Islam kehilangan penglihatan mereka.

Askar Nubia juga tangkas pergerakan mereka.[13] Tentera berkuda Islam terkenal dengan kelajuan dan kelincahannyua, tetapi mereka tetap tidak dapat menandingi penunggang kuda Nubia. Nubia membalas hebat ke atas tentera Muslim dan menghilang sebelum Muslim dapat untuk membalas. Kejadian "langgar lari" ini menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada tentera Muslim. 'Uqbah menulis kepada 'Amr tentang keadaan ini.[40] Dia berkata yang askar Nubia mengelakkan dari pertempuran medan dan lebih kepada serangan secara gerila lalu menyebabkan tentera Islam teruk. 'Uqbah mara dan mendapati yang Nubia hanyalah negera yang kontang dan miskin, tiada apa yang berbaloi untuk dilawan lagi. Maka, 'Amr mengarahkan 'Uqbah untuk kembali dari Nubia dan 'Uqbah menurutinya.